SELAMAT DATANGLaman web ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi kepada tatapan umum tentang kehidupan seorang bakal pendidik anak bangsa suatu hari nanti. Langkah demi langkah menggapai impian untuk menjadi seorang pendidik atau lebih dikenali sebagai "Cikgu". Seorang guru yang baik itu dilahirkan melalui pendidikan". Guru yang baik ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai sebagai lilin yang yang sedang menyala? itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru tehadap profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran "cikgu" kerana pengiktirafan terhadap ilmunya. Jadi, perkongsian ilmu dan perjalanan kehidupan saya sebagai bakal guru akan dikongsi dalam laman ini. 4 tahun mendapat pengajian di Universiti Utara Malaysia, Sintok dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang saya tempuhi.
PROFESIONALISME GURU PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA
|
|